Search This Blog

Monday, August 29, 2016

serama

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA, Ramai rakan-rakan Tanya masih main ayam serama ke Mei.. jawapannya ya. saya masih memelihara dan breeding serama, cuma saya ambik masa yang agak lama untuk menggumpulkan baka untuk diadun. alhambdullilah 2016 SB telah mendapat beberapa ekor ayam yang boleh diletak dimeja. hasil dari khidmat nasihat kawan-kawan disekitar Kedah. ayam tinggi lonjak dada nei, masih belum diuji dimana-mana bon kerana kekangan masa. SB masih membuat R&D terhadap baka nei bagi memilih induk yang benar-benar sesuai dan mempunyai % yang tinggi dalam menghasilkan ayam yang berkualiti
dikesempatan yang akan datang SB akan upload beberapa koleksi induk dan ayam yang ada dalam simpanan SB.Jumpa lagi...

Sunday, November 29, 2015

INDUK TIDAK MENGERAM

Assalamualaikum, Dah lama tak menulis dalam blog nei.sibuk dengan kerja tetapi SB masih berserama, cuma tak berapa aktif di game2 yang dianjurkan, tak dak ayam yang cantik untuk di bawa. SB masih mencari formula bagi menghasilkan ayam2 yang cantik,namun begitu SB keliru dengan tabiat yang ada pd ayam serama. Induk pada SB tidak mahu eram telurnya. Pening kepala, jika ada rakan yang ada pengalaman sama mohon kiranya dapat dikongsikan cara mengatasi masalah ini selain dari menggunakan inkubator.

Tuesday, February 24, 2015

PRODUK REBAN

Assalamualaikum Sedar tak sedar dah dekat 3 bulan ditahun 2015, dikesempatan ini SB ini mengucapkan salam takziah kepada rakan-rakan yang ditimpa musibah banjir di Pantai Timur dan Perak. Alhamdullilah SB berkesempatan juga pergi menyalurkan bantuan yang tak seberapa dibeberapa tempat seperti KEMEBU, DABONG dan KUALA KRAI.Diharapkan rakan-rakan kita dapat menempuh dugaan ini dengan penuh kesabaran. Alhamdullilah di tahun 2015 reban SB dah mula mengeluarkan hasil, pada masa sekarang SB menumpukan kepada 2 baka Teras iaitu Submerin dan baka keramat. memang kedua-dua baka ini ada kelainan disebalik gaya, assesori dan bulu. namun apa yang SB Nampak jika kedua-dua darah ini Ngam produk yang dihasilkan akan memiliki ciri-ciri yang tidak malu untuk diletak diatas meja. Masih jauh SB untuk mengejar hasil produk rakan-rakan yang hebat-hebat....SB akan terus usaha, sebagaiman lahirnya masmerah sikit masa dulu. diharpkan agar pada masa akan dating akan lahirlah 1,2 produk yang menarik dari reban SB.
Hasil 2015
Pembaka Utama dan Induk muda power

Tuesday, November 4, 2014

REBAN MINI UNTUK PROJEK 2015

ASSALAMUALAIKUM...... dalam minggu nei SB ambik peluang dirikan reban mini, reban baru ayam tak dak lg, main modal kecik kena sabar la cari ayam. sekarang nei SB ada dua reban dengan 4 bilik, SB bukan pandai sangat pun bertukang nei, tapi kalau tak belajar buat sampai bila pun tak pandai, jadi ambik tukul kutip kayu terpakai paku...nei lah hasilnya, baru 80% siap.

Tuesday, October 21, 2014

DAH START KEMBALI

assalamualaikum, dah lama SB tak layari blog nei bukan apa password telupa, baru dapat balik,bila SB tengok ayam kawan-kawan yang masuk game, meleleh air liur..SB tengah set up balik, trima kasih SB ucapkan kepada saudara yang bagi info berkaitan induk bertelur lembek..so masalah tu dah settle. lepas tu kedua-dua induk SB kena puru dekat kaki, sapu minyak goreng ikan so kaki dah baik cuma jari aja cacat. sekarang seekor induk sedang betelur dan seekor lagi dah mengeram. Banyak sungguh dugaan, walau apapun SB akan teruskan projek serama SB tu. bt masa sekarang SB gunakan bapak merah, tengok pada peranaginya boleh tahan.....so tunggu jelah apa hasilnya.
MERAH

Monday, December 9, 2013

Induk Bertelur lembek

Salam,
Pening saya, ada sekor induk nei betelur asyik lembik ja...macam mana nak buat?...Mohon bantuan kalau-kalau ada ubat atau makanan yang boleh mengeraskan telur.